Wednesday, November 10, 2010

Kaum hawa kena baca ! Check dulu TUALA WANITA yang anda pakai !

Cerita ni sebenarnya dalam bahasa CINA so di translate cerita nie dalambahasa melayu....HATI-HATI bila pakai TUALA WANITA..check dulu expired date...Kualiti...dan paling PENTING kebersihanya...takot2 ada pulak telur binatang dekat atas tuala wanita tu...

Seorang pelajar cina berusia 17 tahun tak taula dr negara mana telahmengalami muntah2 mcm orang mengandung tu la kan ....Be lia u seorang kanak2 miskin dan bapanya pula seorang penjual TUALAWANITA...disebabkan banyak tuala wanita yang expired,si bapa telah mengagihkantuala wanita itu untuk dipakai oleh anak dan isterinya..Almaklumla kehidupanya yg miskin dan kalau buang tu rasanya satupembaziran kot pada keluarga mangsa tadi...so anak2 dgn bini dia pon pakaila TUALA WANITA tu.....lepas maybe beberapa bulan si anak mengalami muntah,loya tekak mcmorang2 mengandung tu...Dengan segera si bapa membawa anak ke hospital untuk diperiksa apepenyakit anaknya..dan doktor memberi jawapan yang mengejutkan bahawa si anak telahMENGANDUNG.....maka hairanla si anak..dia menafikan bahawa dia mengandung kerana diatidak mempunyai teman lelaki,masih bersekolah dan tidak pernah melakukanhubungan seks..Scan punya scan doktor memberitahu bahawa terdapat 20 EKOR ANAK TIKUSyang dikandungkan oleh pelajar terbabit...MUNGKIN KETIKA PERIOD TELUR2TIKUS TELAH DISENYAWAKAN KOT DAN MASUK KEDALAM OVARI PELAJARTERSEBUT..MUNGKINN.....doktor terpaksa membuat pembedahan ke atas pelajar tersebut keranadidapati anak2 tikus terbabit telah tumbuh gigi dan dikhuatiri akanmemakan kesemua organ dalaman pelajar tersebut....kesemua doktor sahaja yang berani melakukan pembedahan itu,...pelajar terbabit kini disahkan tidak boleh mengandung lg kerana merekatelah mencuci keseluruhan dalaman pelajar tersebut kerana dikhutiridijangkiti virus tikus yg kotor itu...

Moral of the story.......*NAK BELI PAD TU CHECK DULU EXPIRED DATE..*MAKE SURE PAD YG DIBELI TU BEBAS DARIPADA KOTORAN ATAU TELUR2BINATANGSILAP2  KANG ADA TELUR LIPAS BERANAK LIPAS LAK LEPAS NI...*SAMA2 MENJAGA KEBERSIHAN DAN MEMASTIKAN KEJADIAN SEPERTI NIE TAKTERJADI

ATTACHED DUA GAMBAR ANAK2 TIKUS TU SELEPAS PEMBEDAHAN DILAKUKAN...

 
-Fatin Nabihah Zaimi, Hulu Langat SELANGOR

"Abah, bagilah balik tangan Ita."

Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...


Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)


-Fatin Nabihah Zaimi, Hulu Langat SELANGOR

Monday, November 08, 2010

Surat adik untuk abang :(

Mengisahkan kisah seorang adik yg selalu tulis surat kat abang dia..Dan dia xtau pon abg dia balas surat tu....hmmm..;(

Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampong..Satu pon x berbalas..
2 Tahun lepas..Aku menikah tanpa izin abang..Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia..Sepanjang perkahwinan aku..Aku x tenang..
Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik kampong..Aku nak bersihkan rumah pusaka makl dan ayah.. Semasa membersih rumah using tu..Aku tersapu surat yang aku kirimkanpada abangku 2 tahun yang lalu..Sebelum aku menikah…suratnya macam ni..

“Khas buat abangku,
Abg, ko ingat lagi x..
Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah..Tapi aku hairan mase tu, ada  satu bekas kaca yg aku pecahkan..tbe2 banyak air keluar..Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite..Tapi aku x amik kisah pon sal hal tu..

Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap

“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni..Jangan sesekali biar die sorang-sorang “

Ko ingat x..

Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, Sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu..ko x penah ucap bufday kat aku lagi..Sampai sekarang..

Abg, ko ingat x..

Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi..Ko pegi mana pon aku xtau..Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi ko xmakan pon..Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan.Ko x penah ucap terima kasih kat aku.

Abg, ko ingat x..

Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, Tapi time tu ko tengah tido..Aku amik Dua riggit dalam poket jeans ko..Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon..Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..

Abg, ko ingat x..

Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long..ko cakap ko ada hal..Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku..Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau..Kenapa tiada sebarang balasan..Kenapa abg??

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting orang..Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..
Abg,
Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..
Salam sayang,

Adik.”


Aku mula terasa yg teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang sangat..
Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe ada satu kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..
Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat…dan aku buka…


“Assalamualaikum..
Kehadapan adikku yang jauh di mata ..
Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang..
Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita..Iye, kau pecahkan perhiasan rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan..Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..

Adikku sayang..
Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu..Walaupon kau dah campakkan pengikat rambaut tu..Aku dah ambil balik, dan basuh..dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita..Nanti kau ambil ya..

Adikku sayang..
Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau pon sudah lupa ya..Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal..Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya..Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..
Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja..Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori..Untuk menyara engkau..Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau..Kerana masa itu,..Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yg memuji..Aku harus sediakan perhiasan untuk kau..Supaya kau tidak rasa malu..Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang,
siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau..Aku akan makan masakan itu sebelum subuh..Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur..Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

Adikku sayang,
aku malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau banyak berkorban untukku..Kau menyediakan makanku dan segalanya..Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih..Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku..Kerana terima kasihku untukmu adalah ntuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,
Maafkan aku kerana aku memukulmu..Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila..Betulkan..selepas kejadian itu..Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku..Sakit yang amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun..Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..
Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya..aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu..Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen..Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital..Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur..Aku terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

Sayangku..
Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital..Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita..Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu..Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

Adikku sayang..

Mungkin tika kau membaca surat ini..Aku sudah pon tiada..Jangan kau bersedih..Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..

  1. Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH.
  2. Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH.
  3. Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH.
  4. Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH.
  5. Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.
  6. Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH.
  7. Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.
  8. Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, TERIMA KASIH.

Adikku sayang..
sekiranya engkau disunting seseorang..Biarkan pakcik kita menjadi walimu..Kerana aku mungkin sudah tiada..
Bahagiakanlah dirimu..Kerana itu yg aku mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..
Salam sayang sedalam-dalamnya,
Abang.”

Di rumah pusaka itu..Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir..Lantas..Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan..
Semuanya berwarna pink..Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah..Ya Allah…Aku meraung sambil menatap hadiah itu..
Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku…

-Fatin Nabihah Zaimi, Hulu Langat SELANGOR

Saturday, October 30, 2010

Alhamdulillah


Alhamdulillah, Anep sudah ada improvement daripada sebelum ini :) Dia dah boleh bercakap, dia dah boleh buat memek muka. Gembira sangat bila dapat dengar dia sebut nama En.Zaimi, Cik Linda, Fatin, Gemok (Faiz), Nisa and ramai lagi la dia dapat sebut. :D Dia boleh buat lawak time berborak dengan dia. Like;
  • Cik Arisya: Anep, Anep nak potong rambut tak? Rambut Anep ni pun dah panjang. Potong ye.
  • Anep: Tak nak. Tak macho la nanti.
Hehehehe. Comel la anep ni... Anep cepat semboh tau. Anep cepat semboh, cepat dapat balik. Aten, Faiz, Amirul, Ejoy, Aqil, Fan Club Anep (Wawa, Nisa, Dani, Angah, Afrina) and kawan-kawan Anep semuanya rindukan Anep. Kami semua rindukan gelak tawa Anep dengan kita orang macam dulu..

-Fatin Nabihah Zaimi, Hulu Langat SELANGOR

Wednesday, October 27, 2010

Which one?

Justin Bieber




Greyson Chance


 



-Fatin Nabihah Zaimi, Hulu Langat SELANGOR

Wednesday, October 20, 2010

Happy Birthday Anep!!!

Anep and his lil-brother!! :)

Hari ni hari lahir AHMAD HANIF FIKRI!! Yeayyyy....
Tapiiii..... die still kat hospital. Die accident moto hari sabtu lepas (9/10/10).  Petang tadi, aku pegi melawat die dekat hospital. Tapi, die tido. Tak pela kan.. Kesian die.. Aku tengok die dalam ICU dengan mak aku. Aku borak-borak dengan mak aku je. Lame-lame die tersedar. Kesia pulak tengok die mcm tuu. Pastu die asyik nak bangun (mean nak duduk) je. Ye la kan, lengoh jugak die asyik baring, tido, baring, tido. Dalam beberape minit kemudian, mak aku pegi panggil kakak die untuk masuk. Jadi, tinggal aku dengan die je. Halamak, aku tak tau nak cakap ape pulak. Tapi, aku cube cari idea. Aku just cakap and tanye die sama ada die ingat tak yang hari ni hari jadi die. Tapi, die tak bagi reaction kat aku. Aku sedeh je time tu. Lepas abis je kau cakap dengan die, kak long die pown masuk. Aku pown cakap-cakap je la dengan kak long. Tak lame lepas tu, ade physician assistant nak bagi die makan. So, kite orang kene tunggu die dekat luar kejap. Agak lame jugak nak tunggu. Sebab die kene makan mengikut hidung. Lepas je die abis makan, aku pown masuk semule. Bila tengok je die dah dapat bukak mate besar sikit, lege rase.. Hahahaha... Yang malu tu, aku paling lame kat dalam tu. Aku dok kt dalam tu sampai la kak long nak balik. Tapi, still aku ade lagi kat dalam. Aku bukan ape. Aku kesiankan die. Aku susah nak tinggalkan die. Lagi pun, bukan senang nak jumpe die lagi. Bile kak long nak balik, aku suruh die panggilkan mak aku untuk jumpe dengan anep sekali lagi. Dalam beberape minit kami cakap-cakap sikit dekat anep, kami pown minta izin untuk balik. Time ni aku sangat sedeh. Gaye die macam nak bangun sangat bile time kami nak balik... Aku pown terpakse balik. Sebelum balik, aku ade pesan kat kak long untuk sampaikan hadiah untuk anep dari aku. Hadiah tu sempat aku beli semalam dekat JJ. Hehe. Takde pape pown, just hadiah biase je. Tak tau nak beli ape untuk die. So ade nampak bantal agak menarik, and beli je. Kalau die dah boleh masuk wad, harap die boleh gunekan bantal tu. Hehehe... Aku ade beli kad jugak untuk die. Due pulak tuu. Satu Happy Birthday, and satu lagi tu Get Well. Hehe. Semangat pulak. Yela, aku nak bangkitkan semangat die balik.. Lepas dah sampaikan hadiah tu, kami pown balik.

Ucapan untuk Anep:  
  1. Semoga Anep sentiasa kuat.
  2. Semoga dipanjangkan umur.
  3. Dimurahkan rezeki.
  4. Sentiasa dikasihi tuhan.
  5. Semoga cepat semboh. 
-Fatin Nabihah Zaimi, Hulu Langat SELANGOR