Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, September 30, 2010

You know what !

I'M
PENAT ! BORING ! KELIRU ! MENYAMPAH ! STUDY MOOD ! SLEEP TIME ! MAKAN ! EMOSIONAL !
WHAT EVER !


I don't know what i'm feel right now! Yeah! That's right! That's what i mean!
Eeeerggggghhhhhhhhh !!!!!!!!

-Fatin Nabihah Zaimi, Hulu Langat SELANGOR

Wednesday, September 29, 2010

'Ketidakhadirkan' diri ke sekolah?

Saya tak dapat hadir ke sekolah pada hari ini adalah kerana:
  1. Sakit kepala.
  2. Mencari barang yang hilang.
  3. Sakit gastrik datang balik (sangat teruk).
  4. Tolong ibu (tampat kad jemputan ke majlis hari raya 1 malaysia).
  5. Siapkan kerja yang tak siap (ye ke?).
  6. Takut nak datang sekolah.
  7. Taknak datang sekolah (tiap kali datang sekolah, mesti hati aku sakit). 
  8. Tidur lagi best.

    -Fatin Nabihah Zaimi, Hulu Langat SELANGOR

    Monday, September 27, 2010

    Alhamdulillah Selesai Sudah.

    Hari ini mucullah hari yang dinanti-nantikan oleh kami (saya dan rakan-rakan saya) yang diberi tugasan untuk menerangkan mengenai PPDa. Selama seminggu kami bertungkus-lumus untuk menyiapkan diri dengan tugasan yang diberi oleh cikgu kami mengenai PPDa. Masa untuk kami menyiapkan persediaan diri sangat suntuk bagi kami. Sampaikan ada yang tidak tidur kerana hendak menyiapkan segala tugasan yang diberi. PPDa disekolah kami, mempunyai lebih kurang 20 seksyen. Saya diberi tugasan di seksyen yang ke-3. Di seksyen yang ke-3 ini, adalah seksyen yang utama bagi PPDa. Bagi saya, tugasan yang saya perolehkan ini, amat berat bagi saya untuk melakukannya. Walaubagaimanapun, saya tetap ingin mengambil cabaran ini. Saya yakin yang saya boleh melakukannya. Dengan itu, selama seminggu saya dan rakan-rakan saya menyiapkan diri untuk membiasakan dengan tugasan masing-masing.
              Pada hari sabtu, 25/9/2010 kami semua menghadirkan diri untuk sama-sama menolong guru-guru untuk menyempurnakan lagi PPDa disekolah kami dan kami juga dapat menyempurnakan lagi tugasan.kami. Pada hari tersebut, dapatlah serba sedikit gambar yang diambil. Jadi, kita sama-sama dapat melihat apakah yang terjadi pada hari tersebut.






    Itulah serba sedikit gambar yang dapat ditangkap pada hari tersebut. Masa itu, kami semua dalam keadaan yang amat gementar apabila mengingatkat kembali bahawasanya tarikh perbentangan itu adalah 27/9/2010 bersamaan Isnin (hari ini). Kami sangat gemetar. 
              Pada hari ini, telah selesai sudah tugas kami yang diberi oleh guru-guru kami dan nampaknya guru-guru kami gembira dengan apa yang telah kami lakukan pada hari ini. Kami juga berharap supaya sekolah kami dapat memengai pertandingan ini untuk ke peringkat seterusnya iaitu ke peringkat kebangsaan pula. Insya-Allah. Maaf dari saya, pada hari ini tidak dapat saya tunjuk kepada anda semua gambar-gambar apa yang terjadi pada hari ini. Kerana kesemua gambar-gambar tidak diambil lagi dari guru-guru yang berkenaan. Insya-Allah juga, masa yang akan datang, saya akan menunjukkan gambar-gambar tersebut kepada anda semua. Sekian dari saya, Assalamualaikum..

    Anda dijemput untuk melawat ke
    untuk memdapat lagi maklumat tentangnya.
     
    -Fatin Nabihah Zaimi, Hulu Langat SELANGOR

    Friday, September 24, 2010

    Ciwak !

    Hahaha. Hari ini memang gempak la. Secara tiba-tiba ada mesyuarat PPDa (pendidikan pencegahan dadah) dengan mengatakan bahawasanya masa rehat form 4&5 diadakan pemantauaan secara rawak sahaja. Tuan Raja (salah seorang pelawat yang akan datang bersama Nazir) ingin melihat dan memantau bagai mana cara penyampaian kami (wakil pelajar) menerangkan tentang dadah pada setiap stesyen. Waaa~ takutnya! Aku bahagian utama la pula kan. Tau pula aku nak bercakap tentang dadah ni. Haha. Bepeluh aku mencuba untuk memberi keterangan yang sangat la tidak memuaskan. Pertama kali kut buat kerja macam ni. :) Aku tak puas langsung dengan penyampaian aku tadi. Hurrmm, dengan aku tak puas hatinya, aku sanggup stay untuk men-study-kan diri dengan keterangan-keterangan mengenai dadah itu. Wahh~ pening sangat. Takut pun ada tau. Esok ada pemantauan lagi. Tapi, ni cikgu je yang ronda. Tuan Besar tak ada dah esok. Hehe bagus bagus. So, wish me luck this Monday!! ;)

    -Fatin Nabihah Zaimi, Hulu Langat SELANGOR

    Thursday, September 23, 2010

    Oh man! So tired today..

    Ow penat penat!!!

    Haha aku cerita terus je la ek. Hari ni aku kena stay sekolah sebab kena tolong cikgu Su cat dinding. Sepatutnya yang kena stay aku, Mimie dan As! Tapi, dia orang ada hal. Jadi, aku stay je la sorang-sorang. Tunggu cikgu punya la lama!! Sebab cikgu kena settlekan budak-budak yang kena pergi Gunung Nuang. Lepas je settle semua tu, aku kena la mulakan kerja aku. Tapi, aku sorang je ke yang kena buat kerja mengecat tu?? Ow, tidak tidak. Cikgu telah memetik dua tiga orang untuk menolong aku pada hari ini (ejat, fareez dan boo) hehe. Wahh, ada juga yang dapat tolong aku mengecat (mengecat dekat balai info je). Terima kasih ya! Time nak mengecat tu hujan tau. Tapi, kita orang still nak buat juga kerja mengecat tu. Cat punya cat, hujan pun semakin reda. Hah, apa lagi. Makin rancak la kami buat kerja semua tu. Penat...... bayangkan la dari pukul 2.30 ptg- 6.30 ptg. Wahhh penat penat penat. Eyh eyh, nak tau tak? Hehe, kat balai infokan ada la pakci guard dengan kakak-kakak form5 tengah bersembang tau. Dia orang rancak gila bercerita. Haha. Cerita dia orang sangat kelakar sampaikan Ejat dengan Boo gelak guling-guling ow. Sumpah kelakar. Hehehe. Lepas tu kan, boleh pulak Ejat nak lagi dekat-dekat dengan pakcik guard tu. Gedik kan Ejat? Hehe. Suka sangat dengar cerita pakcik tu. Apa la Ejat~~! Lama juga la Ejat cuba memdengar cerita-cerita yang pakcik guard tu cerita. Hehe. Lawak lawak. Aku masa tu khusyuk je buat kerja. Well... Fareez? Ermm, tak tengok pula dia buat apa. Mungkin dia tengah sebok nak suruh Ejat ceritakan apa yang Ejat gelakkan kut. Hehe. Dengar punya dengar, kerja kami pun hampir habis. Tak sempurna lagi. Agak-agak dah penat gila buat kerja tu semua, Ejat pun pelawa diri untuk belikan air untuk kita orang termasuklah dia!! Baik kan Ejat? Ermm, dapat je air kan, aku terduduk terus. Nikmat sangat bila dapat air tu. hehe. Dah dapat air, Sambung balik kerja sampailah pukul 6.30 ptg, mak aku sampai untuk jemput aku pergri ke Carefour. Hee~ Dengan keadaan aku kotor ya'amat selamber aku terjah ke Carefour tu. Malu dooh.

    Sampai kat Carefourkan, aku dapat beli something tau! Hehe, aku suka sangat! Sebelum tu kita orang pergi beli barang dapur dulu. Kesemuanya, RM485.76. Wahh, apa benda tah kita orang beli sampai macam tu harganya. Hehehe. Hah, time nak balik ni la aku dapat beli something. Ala, tak menarik pun. Tapi, aku suka! hee~

     
    Hah, tudung pertama aku jumpa terus terpikat.

     
    Tudung kedua aku jumpa terus terfikir, senang nak ke sekolah.

     
    Tudung ketiga aku jumpa terus barsuara, senang nak keluar masuk rumah!

    Dah habis memilih tudung, kita orang pun keluar mencari makan. Akhirnya kami makan di restoran KFC namanya. Haha. Dah tak ada tempat lain apa?? Tak apa, tak apa suka dihati tetap ada. :) Habis je makan KFC, masuk kereta, tak sampai berapa minit, aku terus leboo! Hahaha, penat punya pasal woo..

    Sampai saja rumah! Rumah pula tak ada elektrik! Hadoiiiii..... Nasib baik sekejap je. Hehe, sampai juga hajat beta untuk mengepos blog ni. Hehhe. Jadi, sampai disini sahaja hajat beta. Sekian, Wasalam..

    Jeritan terakhir buat hari ini, "PENATTTTTTT!!!!!!"
    -Fatin Nabihah Zaimi, Hulu Langat SELANGOR

    Monday, September 20, 2010

    Kenali Teman Sejati

    Sekian lama aku menjejaki.

    Untuk mencari teman yang jujur,
    setia dan sanggup mendengar segala masalahku.

    Kerana..
    Rintihan hari ini dan kemurungan yang aku alami selama ini
    hanya bisa diubati oleh seseorang yang bernama..

    TEMAN SEJATI
    Tapi, dimanakah teman yang aku maksudkan itu?
    Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun,
    dan hingga ke hari ini aku tidak pernah berputus asa untuk mencarinya.

    Aku terus mencari dan mencari,
    dan kini barulah aku kenali, 
    apa erti sebenarnya teman dan sahabat.

    Disempanjang kehidupan yang ku lalui,
    apa yang aku termui hanyalah sahabat.

    Yakni manusia yang hanya mampu
    berada disisi diketika aku gembira.

    Tapi.. dimanakah mereka dikala aku didalam
    kesusahan.. kesedihan dan kehampaan?

    Hidup mereka hanyalah kepura-puraan,
    sekadar memperlihatkan pada pandangan orang lain,
    bahawa merekalah yang terbaik didunia ini.

    Walaupun pada hakikatnya tidak,
    namun teman sejati jugalah ynag aku perlukan.

    Teman yang bisa mengundang kecerian dan kegembiraan dihati ini,
    melahirkan semangat dijiwa ini untuk terus hidup,
    dan bersabar mengharungi segala dugaan.

    Tak kira dimana aku berada, teman yang sejatilah yang akan ku cari.

    Namun, pencarianku belum berakhir walaupun
    ada diantara teman-teman yang ada disekelilingku dikala ini,
    bisa menjadi teman ynag benar-benar sejati.

    Biar keadaan ynag menentukan dan memperlihatkan
    Kepadaku siapakah teman dan siapakah sahabat.

    -Fatin Nabihah Zaimi, Hulu Langat SELANGOR

    Saturday, September 18, 2010

    Thanks kerana sudi hadir !


    Semalam, 18/9/2010 (sabtu) aku ada buat makan-makan sikit dekat rumah (taman perkasa). Aku jemput satu kampung (tipu je). Yang dapat datang tak berapa ramai (dah agak dah). Yang paling best, orang yang aku tak jangka dapat datang la pula yang dapat datang. Orang yang aku jangka dapat datang, tak dapat datang pula. Ramai juga yang tak dapat datang (sedih la wei!). Ada juga last minit aku ajak, dapat datang. Dari jauh pula tu. Hehe, thanks guys! Tak kira la datang ke tak datang ke. Asalkan aku Happy and makanan semua hadis (Alhamdulillah).

    Yang dapat hadir, agak-agak dalam 20+ la. Itu pun dah kira ramai la tu. Tak sanggup aku nak melayan ramai-ramai nanti. Dah la datang sekali harung (dua trip la). Sekali ramai hah!!maaf la ye kalau tak terlayan). Makanan yang dapat disediakan yang sampai habis tu ialah, mee kari dan lodeh je! Ramai yang makan mee kari (haha, tak tau makan lodeh ek?). Ada yang bertambah-tambah (eiii tak malu). Ada juga yang tak nak makan (tak baik tolak rezeki. tarik balik). Kuih-muih pun ada juga! Tapi, banyak yang dah habis (lupa nak isi). Eyh, nak tau sapa yang dapat datang? Jap jap... Ponek eden (

     aminuddin, dollah, ejad, azizi, zul

     arif, nabilah, farahin

    fareez, arif, afif, dannnn arif juga rasanya! hee~

    Hah, itu baru trip yang pertama. lepas dia orang ni balik, senyap sunyi rumah aku. Tak ada sesapa pun yang datang. Aku dah cuak. Dah tak ada orang lain lagi ke yang nak datang? Time tu jugak aku call member aku yang lain suruh datang cepat. Ada juga aku baru nak jemput. Hehe. Aku call call call punya call ada suadah tetamu baru. Hehe. Orang jauh datang!! Jap jap...

      
    apis, zairul, zairil, farzana. mimie

     
    apis, zairul

     
    zairil, farzana, mimie

     
    hani, alyaa datang dengan ekei (gambar tak dapat tangkap)

     along, aqil, ejoy

    akmal datang dengan adib (gambar adib tak tangkap)

    Mereka ini sahajalah yang dapat hadir pada hari jemputan 'Hari Raya' aku. Apa-apa hal, terima kasih sangat kerana sudi datang rumah aku!

    Hah, bukan sampai disini sahaja cerita aku! Haha. Lepas dah habis makan-makan semua lepak dekat bawah. Katanya member aku (amiey dan arep) nak datang jumpa aku je la. Dia orang segan nak masuk rumah. Maklum la orang kaya tak nak masuk rumah kecil aku. Panas pula tu. Hehe. Beberapa minit kemudian member aku tu pun sampai. Kita orang just lepak lepak kat bawah saja. Lagipun dapat jumpa diaorang tu kejap je. Sebab dia orang nak pergi beli hadiah untuk sedara dia orang. So, lepak jap la. Dapat juga la snap dua tiga gambar time kita orang lepak tu. Jap ye...

     
    menunggu amiey dan arep

      
    bergosip sambil menunggu amiey dan arep
    dan
    ketibaan YB amiey dan YB arep 

     
    ejoy, arep, amiey

     
    dia orang ni best! membuatkan aku happy =)

    Beberapa minit kemudian, hadirlah adik beradik yang comel! Asmalina dan kak ngahnya! Terus jemput naik kerumah. Cop, Amiey, Arep, Ejoy dah balik. Tapi, Farzana, Mimie dan Hani belum balik lagi! Hahah. Lama juga meraka dirumah saya. Sampai je dalam rumah, aku lepak lagi dengan dia orang. Bagi As dengan kakak dia makan dulu. Hehe. Dalam menunggu dan melepak sambil makan kuih semperit yang sedap tu pun kami sempat lagi bergambar. Jap..

     
    mimie biasalah! =D
     
    hani pula

     
    hah, ni alyaa

     
    mimie dan farzana

    As? Jap dia dah habis makan. Gambar dia pun ada. Jap jap...

     
    muka as penat makan

    Sekejap je As datang rumah. Lepas dia balik, Hani, Alyaa pun balik. Tinggal Mimie dan Farzana. Tapi, dia orang pun tak lama lagi dah nak balik juga. Borak borak borak, ayah Mimie dah tunggu Mimie dekat bawah. Ermmm, semua orang dah balik!! Penat je tinggal! Cop, sedara aku semua dah datang time tuu. Tapi, aku tak peduli apa dah. Aku terus saja terjun katin dan terus lebur. Dah la time Maghrib. Aku tidur sekejap je la. Sempat lagi sembahyang Maghrib. So, itu la yang dah jadi pada aku! Haha. Btw, thanks tau datang!! Love you all so much!! Muuuahhh mmuuuaaahhh..! ;)

    -Fatin Nabihah Zaimi, Hulu Langat SELANGOR