Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, September 27, 2010

Alhamdulillah Selesai Sudah.

Hari ini mucullah hari yang dinanti-nantikan oleh kami (saya dan rakan-rakan saya) yang diberi tugasan untuk menerangkan mengenai PPDa. Selama seminggu kami bertungkus-lumus untuk menyiapkan diri dengan tugasan yang diberi oleh cikgu kami mengenai PPDa. Masa untuk kami menyiapkan persediaan diri sangat suntuk bagi kami. Sampaikan ada yang tidak tidur kerana hendak menyiapkan segala tugasan yang diberi. PPDa disekolah kami, mempunyai lebih kurang 20 seksyen. Saya diberi tugasan di seksyen yang ke-3. Di seksyen yang ke-3 ini, adalah seksyen yang utama bagi PPDa. Bagi saya, tugasan yang saya perolehkan ini, amat berat bagi saya untuk melakukannya. Walaubagaimanapun, saya tetap ingin mengambil cabaran ini. Saya yakin yang saya boleh melakukannya. Dengan itu, selama seminggu saya dan rakan-rakan saya menyiapkan diri untuk membiasakan dengan tugasan masing-masing.
          Pada hari sabtu, 25/9/2010 kami semua menghadirkan diri untuk sama-sama menolong guru-guru untuk menyempurnakan lagi PPDa disekolah kami dan kami juga dapat menyempurnakan lagi tugasan.kami. Pada hari tersebut, dapatlah serba sedikit gambar yang diambil. Jadi, kita sama-sama dapat melihat apakah yang terjadi pada hari tersebut.






Itulah serba sedikit gambar yang dapat ditangkap pada hari tersebut. Masa itu, kami semua dalam keadaan yang amat gementar apabila mengingatkat kembali bahawasanya tarikh perbentangan itu adalah 27/9/2010 bersamaan Isnin (hari ini). Kami sangat gemetar. 
          Pada hari ini, telah selesai sudah tugas kami yang diberi oleh guru-guru kami dan nampaknya guru-guru kami gembira dengan apa yang telah kami lakukan pada hari ini. Kami juga berharap supaya sekolah kami dapat memengai pertandingan ini untuk ke peringkat seterusnya iaitu ke peringkat kebangsaan pula. Insya-Allah. Maaf dari saya, pada hari ini tidak dapat saya tunjuk kepada anda semua gambar-gambar apa yang terjadi pada hari ini. Kerana kesemua gambar-gambar tidak diambil lagi dari guru-guru yang berkenaan. Insya-Allah juga, masa yang akan datang, saya akan menunjukkan gambar-gambar tersebut kepada anda semua. Sekian dari saya, Assalamualaikum..

Anda dijemput untuk melawat ke
untuk memdapat lagi maklumat tentangnya.
 
-Fatin Nabihah Zaimi, Hulu Langat SELANGOR

1 comment: