Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, September 23, 2010

Oh man! So tired today..

Ow penat penat!!!

Haha aku cerita terus je la ek. Hari ni aku kena stay sekolah sebab kena tolong cikgu Su cat dinding. Sepatutnya yang kena stay aku, Mimie dan As! Tapi, dia orang ada hal. Jadi, aku stay je la sorang-sorang. Tunggu cikgu punya la lama!! Sebab cikgu kena settlekan budak-budak yang kena pergi Gunung Nuang. Lepas je settle semua tu, aku kena la mulakan kerja aku. Tapi, aku sorang je ke yang kena buat kerja mengecat tu?? Ow, tidak tidak. Cikgu telah memetik dua tiga orang untuk menolong aku pada hari ini (ejat, fareez dan boo) hehe. Wahh, ada juga yang dapat tolong aku mengecat (mengecat dekat balai info je). Terima kasih ya! Time nak mengecat tu hujan tau. Tapi, kita orang still nak buat juga kerja mengecat tu. Cat punya cat, hujan pun semakin reda. Hah, apa lagi. Makin rancak la kami buat kerja semua tu. Penat...... bayangkan la dari pukul 2.30 ptg- 6.30 ptg. Wahhh penat penat penat. Eyh eyh, nak tau tak? Hehe, kat balai infokan ada la pakci guard dengan kakak-kakak form5 tengah bersembang tau. Dia orang rancak gila bercerita. Haha. Cerita dia orang sangat kelakar sampaikan Ejat dengan Boo gelak guling-guling ow. Sumpah kelakar. Hehehe. Lepas tu kan, boleh pulak Ejat nak lagi dekat-dekat dengan pakcik guard tu. Gedik kan Ejat? Hehe. Suka sangat dengar cerita pakcik tu. Apa la Ejat~~! Lama juga la Ejat cuba memdengar cerita-cerita yang pakcik guard tu cerita. Hehe. Lawak lawak. Aku masa tu khusyuk je buat kerja. Well... Fareez? Ermm, tak tengok pula dia buat apa. Mungkin dia tengah sebok nak suruh Ejat ceritakan apa yang Ejat gelakkan kut. Hehe. Dengar punya dengar, kerja kami pun hampir habis. Tak sempurna lagi. Agak-agak dah penat gila buat kerja tu semua, Ejat pun pelawa diri untuk belikan air untuk kita orang termasuklah dia!! Baik kan Ejat? Ermm, dapat je air kan, aku terduduk terus. Nikmat sangat bila dapat air tu. hehe. Dah dapat air, Sambung balik kerja sampailah pukul 6.30 ptg, mak aku sampai untuk jemput aku pergri ke Carefour. Hee~ Dengan keadaan aku kotor ya'amat selamber aku terjah ke Carefour tu. Malu dooh.

Sampai kat Carefourkan, aku dapat beli something tau! Hehe, aku suka sangat! Sebelum tu kita orang pergi beli barang dapur dulu. Kesemuanya, RM485.76. Wahh, apa benda tah kita orang beli sampai macam tu harganya. Hehehe. Hah, time nak balik ni la aku dapat beli something. Ala, tak menarik pun. Tapi, aku suka! hee~

 
Hah, tudung pertama aku jumpa terus terpikat.

 
Tudung kedua aku jumpa terus terfikir, senang nak ke sekolah.

 
Tudung ketiga aku jumpa terus barsuara, senang nak keluar masuk rumah!

Dah habis memilih tudung, kita orang pun keluar mencari makan. Akhirnya kami makan di restoran KFC namanya. Haha. Dah tak ada tempat lain apa?? Tak apa, tak apa suka dihati tetap ada. :) Habis je makan KFC, masuk kereta, tak sampai berapa minit, aku terus leboo! Hahaha, penat punya pasal woo..

Sampai saja rumah! Rumah pula tak ada elektrik! Hadoiiiii..... Nasib baik sekejap je. Hehe, sampai juga hajat beta untuk mengepos blog ni. Hehhe. Jadi, sampai disini sahaja hajat beta. Sekian, Wasalam..

Jeritan terakhir buat hari ini, "PENATTTTTTT!!!!!!"
-Fatin Nabihah Zaimi, Hulu Langat SELANGOR

No comments:

Post a Comment