Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, September 10, 2010

Hari Raya 2010

Ini aku cerita tentang aku beraya di kampung aku (Perak).

Hari ini hari raya sudah! Tapi, aku dan family aku tak ambil gambar pun hari raya tahun ni. Sedihnya... (sob.. sob..). Aku punya kamera, kau tak bawa. Disebabkan kamera aku ada masalah sedikit. Masa aku tak jadi bawa kamera aku, aku rasa tekilan sangat...


*sangat sedeh raya tahun ni tak dapat tangkap gambar belah ayah*

Pak Uda aku ada bawa kamera dia agaknya. Tapi, dia singgah sekejap saja. Jadi, tak dapat tangkap gambar bersama. Sangat sedih. Aku nak juga gambar kenangan bersama family, sedara-mara, opah, atok di hari raya tahun ini. Takpa la. Aku malas nak fikir- fikir tentang kamera dalam bulan raya ini lagi. Hahah.


*tanpa kamera pada tahun ini*

Sekarang, aku nak cerita apa yang aku sudah buat pada hari raya ini. First, aku nak cakap yang aku memang susah nak bangun pagi. Heheh. Mak aku dah malas nak layan aku yang malas nak bangun pagi. Mana tak nya. Mak aku kejudkan kau pukul 6.30 pagi. utunk solat dan bersiap-siap untuk berhari raya. Yang membuatkan aku susah sangat nak bangun, disebabkan Ssmalam aku tidur dalam pukul 3-4 pgi rasanya. Apa yang aku buat?? Hahah, aku melayan kawan-kawan yang beri ucapan Hari Raya saja. Tapi, sangat lama nak melayannya.
Lepas bangun sudah aku dari ketiduran yang agak lama. Aku terus bersiap-siap utunk berhari raya. Kami semua (opah, makngah, pakngah, ayah, ibu, adik-beradik dan sedara-mara - hanya kami sahaja yang ada dipagi raya untuk berkumpul) berkumpul diruang tamu untuk bermaaf-maaffan. Aku takut opah aku menangis saja pagi raya ini. Tetapi, tidak. Kami mengajaknya pergi ke rumah Nyang Cu di Taman Maju Rapat. Disitu terdapat laksa kegemaran aku. Wahhh, pantang aku mendengarnya. Selepas sahaja Nyang Cu jemput makan, aku pun apa lagi. Serbu saja. Hehe. Muka tak tak malu langsung. Lepas dah makan laksa, aku belasah kuih yang ada pula. Selesai sudah makan minum semua. Kami pun teruskan perjalanan ke rumah Opah Nah di Jelapang Meru. Dalam perjalanan ke sana, aku sambung tidur. Aku ni memang kuat tidur. Maaf la yaa.. Sampai saja di rumah Opah Nah, muka aku jadi selekeh semacam. Ya la, baru bangun tidur. Borak punya borak, makngah aku panggil aku dan sedara aku (raihan) untuk ke dapur menolong Opah Nah. Sampai je ke dapur, aku ternampak makanan yang kau kemari lagi sekali (laksa lagiiiii). Aku pun tolong la buatkan air, siapkan laksa (baik pula aku - sebagai tetamu pula tu). Mak aku dan abang sedara aku (abang raizan) pelik tengok aku. Aku dah berubah la bulan raya ni (bulan raya saja la). Siap saja menyediakan makannan dan minunan, ada sedikit tahlil. Kami semua tak sabar nak balik. Tengok-tengok ada pula tahlil. Jadi, lama tak lama, kena juga tunggu. Yang aku, tunggukan laksa masuk ke dalam perut aku ni saja.. Hehehe. Habis saja tahlil, makan-makan semua, ada pula Pakcik Sepul promot tentang apa tah. Kami dah la nak balik dari tadi ni. Tak apa, sabar lagi. Nasib baik menarik. Habis saja promot. Baru la kami dapat pulang. Hehe. Dalam perjalanan pulang juga aku sambung lagi tidur (kuat betul tidur). Tidur punya tidur, sampai juga ke rumah. Waahhhhh, time ni la Pak Uda aku datang. Tapi, sekejap je datang. Lepas Pak Uda balik. Aku sambung lagi tidur sampai tak sedar yang makngah dah pergi ke KL dan sampailah mak long sekeluarga datang (mak aiiii malu nya tidur lama). Hehe. Dah puas tidur, aku bangun (tak ada la tidur tak terbuka terus mata ni - mati nama nya). Dah bosan sangat tak tahu nak buat apa, aku buka blogger aku ni. Aku ingtkan dah tak ada lagi la orang nak datang ke rumah ni. Tapi, ada pulak yang datang. Hahaha. Majalllll wokkk (majal - malu la). Tak berapa lama pun dia datang, dia pulang terus. Hehehe. Dia datang samapi la dia pulang, aku tetap di depan komputer ni menaip cerita di blogger ni. Waahhhh bnyk pula cerita. Bosan punya pasal, tak ada hal la.
Jadi, Sampai disini sahaja, aku bercerita. Lain kali, insya-Allah aku cerita lagi ya. Akhir kata, Terima kasih kerama membaca. Aminn~


*not bad la jalan jalan raya ni*

-Fatin Nabihah Zaimi, Ipoh PERAK

No comments:

Post a Comment